Sunday 28 September 2014






Sememangnya suatu anugerah yang amat besar daripada Allah  kerana kekayaan dengan variasi makanan daripada masyarakat  negeri serambi Mekah Jadi tidak hairanlah Kelantan telah muncul sebagai salah sebuah negeri yang dikenali sebagai negeri 'Syurga Makanan'. Melalui perkongsian bersama ini,jom bersama-sama kita menjengah buat seketika apakah keunikan serta kepelbagaian masakan yang diperkatakan itu
.Kata orang  "Tak Kenal Maka Tak Cinta"  Tak Cuba Tak Dapat Rasa" .
Meh sini  adik kakok kita selidik.




JOM MENJENGAH MASAKAN KELANTAN.!!!!
NASI KERABU
 Jika bertandang ke negeri Kelantan memang tidak sah jika tidak menikmati nasi kerabu buatan masyarakat Kelantan ini. Perbezaan yang amat ketara apabila dapat merasai nasi kerabu yang dicampurkan bersama:
  • ulam daun serai
  • hirisan bunga kantan
  • telur masin
  • ikan ataupun ayam sebagai lauk
  • kacang panjang
  • air perahan limau nipis
  • kerisik kelapa
  • keropok goreng
  • sambal 
  • budu
                                                AKOK
Sejenis kuih yang dibuat daripada putih telur dan biasanya menjadi juadah utam ketika Ramadhan Al-Mubarak.Rasanya yang lembut menambat hati kepada si pemakannya.
.

                                                           BUTIR NANGKA
Butir Nangka amat sinonim dengan gelaran sebagai makanan tradisi masyarakat Kelantan. Dihasilkan daripada tepung dan dimakan bersama dengan kuahnya yang diperbuat dari gula melaka.    






                                                            MURTABAK RAJA

Makanan seperti biasanya turut dapat dijumpai di negeri-negeri selain Kelantan,Namun Murtabak dari Kelantan ini berbeza dari segi rasanya. Belum cuba belum tahu. Try satu pasti nak lagi.
                                           
                                                           
                                                          KETUPAT SOTONG
 
    Disebabkan masakan Kelantan yang sinonom dengan manisnya, Nah...ni kalilah....ketupat sotong ini menjadi salah satu kegemaran bagi diri saya sendiri. Pulut yang disumbat ke dalam badan sotong serta dilumurkan dengan gula melaka menjerat si pemakannya. 


                                                             JERUK MAMAN
            "Jeruk Maman" dihasilkan daripada sejenis tumbuhan yang dijeruk untuk tempoh beberapa hari dan diambil kembali sebagai makanan yang dimakan bersama nasi.Kepada yang amat menggemari makanan ini.Bukan setakat dengan nasi sahaja dimakan,bahkan turut dimakan begitu sahaja.

                                                                TAPAI PULUT
   Makanan tradisional ini dibuat daripada beras pulut yang diperam untuk beberapa hari.Kemudian biasanya dijadikan sebagai pembasuh mulut untuk majlis-majlis keraian.Tapai ini dibungkus dengan menggunakan daun pokok getah.

                                        KETUPAT DAKAP

 Sudah semestinya ketupat ini tidak akan lari daripada mendapat tempat ketika lebaran.Komuniti Islam Kelantan yang majoriti menjadikan ketupat sebagai juadah utama apabila menjelangnya Lebaran.

                                         PULUT DURIAN
Raja buah ini akan dikombinasikan bersama dengan pulut dan santan sehingga menjadi pasangan serasi apabila dijadikan sebagai makanan ketika tibanya musim raja buah ini.Baunya sangat harum....


                            TEPUNG PELITA                                 
Rasanya yang lemak dan manis menarik kepada pemakannya tepung gandum yang dicampurkan bersama air daun pandan dan gula. Sesuailah dengan masakan Kelantan yang dikenali sebagai masakan yang manis.



 PENAIK SELERA BUDU BERSAMA TEMPOYAK, CILI, DAN LIMAU

                                 
BUDU BUATAN KELANTAN


No comments:

Post a Comment